Auto Review & Tips

Buy A Car

08 Jul 2013 / / Read More»

The Subaru XV

20 Jun 2013 / / Read More»

Hukuman penjara 12 tahun Khir Toyo kekal

at Jumaat, 31 Mei 2013 [ 2:22 PG ]

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam empat tahun lepas.
Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.
Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.
Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk mahkamah rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Dis, 2011.
Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah daripada kedua-dua pihak, panel bersetuju bahawa hakim perbicaran telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan itu.
Azahar menjelaskan panel telah meneliti secara mendalam enam alasan utama yang diutarakan terutamanya oleh pihak perayu (Dr Mohamad Khir) mengapa rayuan tersebut seharusnya dibenarkan.
Pertama, isu sama ada perayu merupakan seorang penjawat awam sepertimana diperuntukkan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, kedua sama ada bayaran RM3.5 juta untuk hartanah tersebut mencukupi atau tidak, ketiga sama ada perayu mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan penjual hartanah terbabit Shamsuddin Hayroni (SP2), keempat sama ada SP2 merupakan rakan sepenjenayah, kelima kredibiliti SP2 dan keenam sama ada pihak pendakwaan berjaya menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Untuk isu pertama, Dr Mohamad Khir selaku ahli lembaga serta pengerusi PKNS telah menjalankan banyak menunaikan tanggungjawab ekskutifnya dan beliau termasuk dalam tafsiran sebagai penjawat awam.
Bagi isu kedua, beliau berkata perayu memang telah menunjukkan minat terhadap hartanah tersebut sejak 2004 dan akhirnya Shamsuddin bersetuju untuk menjualnya pada harga RM3.5 juta untuk menjaga kepentingan perniagaannya di mana beliau membuat banyak berurusan terutamanya dengan PKNS.
"Transaksi tersebut dibuat bukan di atas dasar 'willing buyer and willing seller' di mana SP2 telah membeli haratanah tersebut pada harga RM7 juta," jelas Azahar.
"Selain itu, saksi-saksi yang dipanggil oleh pihak perayu di peringkat pembelaannya telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah, serta pembantu peribadi perayu juga telah memberikan keterangan bercanggah," jelas Azahar.
Dr Mohamad Khir yang berada di kandang tertuduh kelihatan tenang sepanjang prosiding hari ini dan bersalaman dengan penyokongnya yang hadir di mahkamah.
Sementara itu, Muhammad Shafee memberitahu pemberita beliau akan memfailkan satu notis rayuan di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan esok.
Dr Mohamad Khir, 48, dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.
Beliau yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.
Azahar berkata hujah peguam perayu bahawa penilaian hartanah yang dibuat juruperunding dari Rahim & Co sebanyak RM3.5 juta yang dibuat berdasarkan nilai pasaran, tidak boleh mengikat mahkamah dan ia perlu ditaksirkan berdasarkan kepada penilaian keseluruhan fakta transaksi hartanah tersebut.
Mengenai isu bahawa SP2 (Shamsuddin) adalah rakan sejenayah, Azahar menjelaskan bahawa hakim perbicaraan telah mendapati SP2 merupakan seorang saksi yang berkredibiliti serta bukan mengambil bahagian dalam jenayah itu secara sukarela.
Azahar berkata SP2 pada asalnya (pada 2004) ketika Dr Mohamad Khir menunjukkan minat terhadap hartanah terbabit, telah menawarkan harga RM6.5 juta dan terpaksa bersetuju kepada harga yang lebih rendah kemudiannya kerana untuk menjaga kepentingan perniagaannya sebagai kontraktor.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.
Dunia

Berhenti jadi tali barut CIA

Caracas: Seorang menteri kerajaan Venezuela semalam menggesa rakyat negara itu menutup akaun Facebook bagi mengelak secara tidak langsung m...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Perniagaan

PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?

"PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?" contest is organized by Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), and is open ...

25 Jun 2013 / 0 Comments
Teknologi

Zones Blog 5 benefits of Dell VRTX converged infrastructure

The Dell PowerEdge VRTX is a revolutionary new-generation platform for small and midsize businesses and organizations, as well as remote ...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Personaliti

Tegar–Pengamen Jalanan

TEGAR PENYANYI JALANAN YANG KINI POPULAR "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah juala...

10 Jul 2013 / 0 Comments
Kerjaya

SAPURAKENCANA PETROLEUM BERHAD

SapuraKencana Petroleum Berhad has dominated the business relating to the management and distribution of oil, this company has become one o...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Acara & Promosi

Jom Berbuka Puasa di Pearl International Hotel

Selamat Bulan Ramadhan kepada semua rakan-rakan Muslim dan juga rakan-rakan yang ingin berpuasa bersama-sama di Bulan Ramadhan ini. Set...

10 Jul 2013 / 0 Comments

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.