Jom Berbuka Puasa di Pearl International Hotel

at Rabu, 10 Julai 2013 [ 1:44 PG ]

Selamat Bulan Ramadhan kepada semua rakan-rakan Muslim dan juga rakan-rakan yang ingin berpuasa bersama-sama di Bulan Ramadhan ini. Setiap tahun Ramadhan, soalan yang di tanya-tanya ialah pergi mana untuk buka puasa? Bagi aku, di rumah, masakan ibu atau isteri ialah cadangan yang paling bagus tapi letih juga mereka yang memasak.
Jadi, banyak restoran-restoran dan hotel-hotel memperkenalkan pakej atau bufet buka puasa yang cukup menarik pilihan masakan dan juga harga yang berpatutan. Sekali-sekala buka puasa dekat hotel bolehlah juga, kan?
Tiga minggu sebelum Bulan Ramadhan, aku telah dijemput untuk merasa masakan yang akan dapat di nikmati dalam
Promosi Jom Berbuka Puasa Ramadhan di Pearl yang bermula dari 21 Julai hingga 17 Julai 2012.

Aku mula dengan ulam dan salad.

Aku suka minum sup. Jadi, Sup Ekor Lada Hitam menjadi pilihan aku. Aku suka rasa sup ini yang tidak begitu masin berbanding dengan yang aku minum to restoran yang lain.

Masakan-masakan dalam promosi ini akan disediakan oleh Exekufi Sous Chef Noor Hisham dengan krew dia.

Ini ialah kali pertama aku mencuba Nasi Beriani Gam. Biasanya, aku makan nasi beriani saja yang tak ada gam. =P

Kalaulah makan Nasi Beriani Gam, mesti makan dengan Daging Beriani Batu Pahat. Aku juga suka Gulai Kambing Kawah yang rasa kambing yang tidak di sukai ramai orang telah di ganti dengan rasa rempah-rempah yang sangat bersesuai di masak dengan daging kambing.

Untuk yang suka makan ikan, adanya Ikan Bakar Tepian Tebrau. Aku ingat Chef Noor Hisham mesti orang Johor. Banyak masakan berasal dari tempat-tempat di Johor.

Ayam panggang yang mesti dapat di cari di bazaar-bazaar Ramadhan.

Di sini, aku juga dapat buat buat sotong dan kangkung sendiri.

Buka puasa tak ada ketupat dan lemang memang rasa tak sedap. Makan dengan salai ayam.d

Buat Laksa Johor sendiri, suka letak banyak sikit bawang dan taugeh? Oh, bisa.

Bukan main banyak jenis pilihan pencuci mulut yang di sediakan. Tapi perut aku boleh muat beberapa jenis saja. Yang paling aku suka ialah Sago Melaka. Sago itu bila to gigit akan menjadi sebiji-sebiji dan bukan berkelompak macam makan kuih.

Jadi, berapa harga untuk bufet berbuka puasa ini? RM68.00++/dewasa dan RM38.00++/kanak-kanak. Untuk tempahan boleh hubungi talian 603-7983 1111 ext 3205. Semoga anda selamat berbuka puasa.

Alamat:
Cafe 5
5th Floor, Pearl International Hotel
Batu 5, Jalan Klang Lama 58000 Kuala Lumpur
Tel: 603-7983 1111
Fax: 603-7983 2211
Website:
http://www.pearl.com.my

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.