Lokasi Cerapan Melihat Anak Bulan Ramadan
As-Salam. Telah diisytiharkan bahawa tarikh untuk melihat anak bulan Ramadan bagi tahun hijriah 1434 bersamaan 2013 Miladiah akan dilakukan pada petang 8 Julai, bersamaan dengan 29 Syaaban. Terdapat hampir 29 lokasi telah ditentukan bagi melihat anak bulan, dan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan memaklumkan penetapan permulaan puasa pada malam itu juga bagi seluruh Malaysia bagi tahun ini.
![Lokasi cerapan melihat anak bulan ramadan 2013 OhBlogger - lokasi lihat anak bulan puasa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwaMCs0a7p3utt0SLQZLtyztID1tLwtSjrOxJkqjKIWB_WVDJq7_n9yNjwdL5HnS7TDMNtxJTkniTojJ4M1NJ37fPkf_6PCS1TJSc803qVYSI1fYu6vJFPmh89GQPlSpmCmpKHPR-sbBW1/s1600/Gambar+anak+bulan+-+bulan+sabit.jpg)
Kepada blogger yang berminat untuk bersama dengan orang ramai melihat anak bulan dan merasai kemeriahan sambutan ketibaan bulan Ramadan, anda bolehlah ke lokasi-lokasi terpilih yang telah ditentukan.
Di Perak, mengikut sumber dari Jabatan Mufti, dianggarkan hampir 1000 orang dijangka hadir untuk mencerap dan bersama dengan pegawai-pegawai cerapan pada 8 Julai 2013 nanti. Ia bertempat di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak.
Lokasi Cerapan Melihat Anak Bulan Ramadan 2013/1434H
Negeri | Lokasi Cerapan Anak Bulan Ramadan 2013/1434H |
---|---|
Johor | Pontian Kecil |
Kedah | Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda |
Kedah | Pemandangan Indah, Pulau Langkawi |
Kedah | Menara Alor Setar, Alor Setar |
Kelantan | Bukit Peraksi, Pasir Putih |
Kelantan | Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai |
Kelantan | Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu |
Kuala Lumpur | Menara Kuala Lumpur |
Labuan | Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan |
Melaka | Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara |
Negeri Sembilan | Telok Kemang, Port Dickson |
Pahang | Bukit Tanjong Batu, Nenasi |
Pahang | Gunung Berincang, Cameron Highlands |
Pahang | Bukit Pelindong, Kuantan |
Penang | Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh |
Perak | Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong |
Perlis | Kuala Sungai Baru, Simpang Empat |
Putrajaya | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya |
Sabah | Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan |
Sarawak | Tanjung Lubang, Miri |
Sarawak | Teluk Bandung, Kuching |
Sarawak | Tanjung Batu, Bintulu |
Selangor | Bukit Melawati |
Selangor | Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat |
Selangor | Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam |
Terengganu | Bukit Besar, Kuala Terengganu |
Terengganu | Bukit Geliga, Kemaman |
Terengganu | Pulau Perhentian, Besut |
Terengganu | Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu |
Penetapan tarikh mula berpuasa bagi Semenanjung Malaysia akan ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja dengan telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.