Pengat Labu

at Selasa, 9 Julai 2013 [ 6:44 PTG ]

Resepi Pengat LabuBahan-bahan

  • 1/4 biji labu ( saiz sederhana) - potong kiub
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan biji sagu - basuh dan toskan
  • sehelai daun pandan - disimpul
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula - dihancurkan

Cara Menyediakan Pengat Labu:

  1. Masukkan gula melaka yang telah dicincang ke dalam periuk beserta daun pandan, air, garam dan gula.
  2. Setelah gula melaka larut, masukkan pula labu dan santan dan kacau sebati.
  3. Kemudian,setelah labu separuh masak, masukkan biji sagu, masak sehingga labu empuk dan biji sagu  menjadi jernih.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!!

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.